Home Muktamar PAS ke 67 Dewan Muslimat Norma baharu peluang membangun ekonomi Ummah

Norma baharu peluang membangun ekonomi Ummah

222
SHARE

Oleh: RABIATUL

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Ucapan penangguhan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri diteruskan dengan ucapan penuh bersemangat daripada Puan Maskhazila binti Ismail mewakili negeri Pahang.

Beliau membawa perbahasan tajuk mengenai ‘Norma Baharu Peluang Membangun Ekonomi Ummah’ dengan membawa senario pandemik Covid-19 terkini tanah air sejak ia melanda Malaysia dan dunia sejak 2 tahun.

Pandemik yang melanda negara dan dunia ini sedikit sebanyak merencatkan aktiviti PAS di semua peringkat malahan telah memperlahankan pergerakan amilin PAS.

Bagi memastikan survival rakyat terus terjamin,aspek produktiviti perlu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara.

Ia juga menunjukkan negara terus menuju ke arah pemulihan dengan menyambut baik Pelan Pemulihan Negara(PPN) yang kini memasuki Fasa 4 yang dilaksanakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 3.0 sebelum ini.

“Sejak awal pandemik melanda, PAS melalui agensi dan NGO tertentu di semua peringkat
melaksanakan beberapa strategi dan kaedah yang sesuai berdasarkan situasi semasa dengan mengambil kira penilaian risiko sama ada dalam bentuk ekonomi dan kesihatan”, ulas beliau.

Disinilah PAS terus memainkan peranannya untuk memastikan bahawa rakyat yang terkesan dengan sendunya ekonomi membantu sama ada melalui lajnah-lajnah dan NGO-NGO di bawah PAS.