Home Muktamar PAS Ke 66 Pantun Assabiqun

Pantun Assabiqun

1006
SHARE

[ Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama ]

Sidang Assabiqun lama berjuang,
Keredhaan Allah matlamatdan tujuan,
Harakah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjadi tunjang,
Semoga kita tidak leka dan lalai dikala menang.

Ramai mendapat ghanimah ketika berpangkat,
Dapat kedudukan kerana parti,
Bila tidak lagi dipilih menjadi wakil rakyat,
Sumbangan kepada parti tidak lagi dipeduli.

Kelantan, Terengganu dan Kedah Darul Aman,
Negeri tumpuan menjadi harapan,
Berintegriti dan telus teras pentadbiran,
Namun pengukuhan parti perlu diutamakan.

Bila musuh dalaman dah keluar jadi PAN,
Sesama kita pula bina perseteruan,
Kritik sana sini cari kekurangan,
Jangan dibiarkan virus berpanjangan.

Hj Mohd Nor bin Mohamad
Pembahas Sidang Assabiqun