Home Muktamar PAS Ke 66 Pantun Ayahchik Buat Kita Semua

Pantun Ayahchik Buat Kita Semua

1359
SHARE

[ Muktamar PAS 66 : Ucapan Penggulungan Presiden PAS]

Pantun Ayahchik buat kita semua

Bulan sabit bulan purnama,
Cahaya bersinar menyusuri awan,
Islam tetap dasar utama,
Kemaraannya tetap tak mungkin dilawan.

Cahaya bersinar menyusuri awan,
Awan menurun hujan rahmat,
Kemaraannya tetap tak mungkin dilawan,
Siapa berundur tidak selamat.

Awan menurun hujan rahmat,
Rahmat datang membawa wadah,
Siapa berundur tidak selamat,
Baiahnya datang membawa padah.

Rahmat datang membawa wadah,
Wadah diisi sepenuh kolah,
Baiahnya datang membawa padah,
Baiah dikhianat dilaknat Allah.

Wadah diisi sepenuh kolah,
Air melimpah ke jalan raya,
Baiah dikhianat dilaknat Allah,
Ajar mereka masa pilihanraya.

Air melimpah ke jalanraya,
Basuh diri sambal berselawat,
Ajar mereka masa pilihanraya,
Mari bersama kerja kuat.

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS