Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Ambil Pendekatan Menerang Dengan Hujah

PAS Ambil Pendekatan Menerang Dengan Hujah

564
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Dalam sidang media bersama Presiden PAS harini, antara soalan hangat yang ditimbulkan oleh para pengamal media iaitu berkenaan pendekatan politik PAS terhadap Kerajaan PH.

Presiden PAS mengulas berkenaan ini dengan berkata pihaknya tidak mengambil pendekatan menyerang, sebaliknya lebih kepada menerang.

“Kita tidak menyerang tetapi kita lebih kepada berhujah walaupun kita sentiasa menghadapi serangan bertubi-tubi daripada Kerajaan Pusat.

“Sejak PAS menang negeri Terengganu pada tahun 1959, dan tumbang pada tahun 1961 yang berpunca daripada serangan kerajaan Pusat. Pada tahun 1978, kepungan yang sama juga turut dilakukan apabila Kelantan menang besar pada tahun tersebut.

“Amalan politik wang memang berlaku, bahkan kejatuhan Kelantan pada tahun 1978 disebabkan undang-undang darurat yang dibawa oleh kerajaan ketika itu, dibahaskan dan diluluskan dengan majoriti di Parlimen.

“Namun begitu, kita tetap tidak mengambil pendekatan secara revolusi dan berdemonstrasi, sebaliknya kita tetap mengambil pendekatan sabar dalam menghadapi ujian tersebut,” jelasnya.

Presiden PAS juga berharap dengan pengalaman yang panjang itu akan mengubah pemikiran pemimpin BN terutamanya kerajaan PH yang juga merupakan bekas pimpinan-pimpinan BN.

Beliau turut berharap, Pakatan Harapan dapat memimpin kerajaan baru dengan melakukan perubahan yang lebih positif.