Home Muktamar PAS Ke 66 PAS Berjaya Menonjolkan Politik Islam

PAS Berjaya Menonjolkan Politik Islam

811
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS 

Melalui BPMS yang digagaskan oleh Tuan Guru Presiden dengan berkat kesabaran ahli, PAS tidak sunyi daripada tomahan dan fitnah. Allah menyelamatkan bahtera ini dengan mengurniakan kemenangan kepada kita di negeri Kelantan dan Terengganu serta menjadi penbangkang yang kuat di Kedah dan sedikit di Pahang pada PRU-14 yang lalu.

Hakikatnya PAS telah berjaya menonjolkan politik Islam yang bukan semata-mata menekankan aspek kekuasaan dalam pemerintahan. Malah PAS telah menekankan aspek amanah, penghayatan dan itqan dalam setiap gerak kerja yang dilakukan.

Taklifan Menteri dan Timbalan Menteri diberikan kepada PAS hari ini membuktikan kepada rakyat bahawa PAS tidak ketandusan kepimpinan berkaliber.

Bukti lain dalam pentadbiran negeri Kelantan dan Terengganu, PAS bebas daripada gejala rasuah.

PAS juga terbukti sebagai parti yang tidak gopoh dan tergesa-gesa untuk menerima jawatan sebagai contoh di negeri Johor PAS mampu memberi kerjasama yang baik dalam kerajaan Muafakat Nasional yang terbentuk.

Lajnah-lajnah perlu bergerak mengadakan hubungan dalam semua lapisan masyarakat melalui kebajikan, hubungan bersama NGO Islam & bukan Islam demi membela rakyat dan menyelesaikan masalah di bandar & luar bandar.

Mewujudkan jentera penerangan dan dakwah yang bersistematik dan berkesan.

Menguasai media baru agar segala maklumat yang disalurkan oleh pihak kerajaan Perikatan Nasional boleh terus sampai kepada rakyat.

Golongan muda perlu didampingi kerana golongan ini akan menentukan kemenangan kita dalam PRU-15. Ulama dan pimpinan perlu mendampingi golongan ini. Dakwah perlu dipelbagaikan bukan hanya tertumpu di masjid dan surau sahaja.

Pendekatan strategi politik yang kita laksanakan adalah bertujuan meletakkan keutamaan Islam sebagai asas perjuangan.

Untuk memastikan kejayaan ini dapat dipertahankan kita perlu bergerak bersatu padu mengukuhkan Muafakat Nasional di Semenanjung dan Perikatan Nasional di Sabah Sarawak. Semua persepsi dan sangkaan yang tidak baik sesama rakan dalam Muafakat Nasional perlu dikesampingkan. Konsep wala’ perlu difahami dan diterapkan dalam diri setiap daripada kita.

Bersikap lembut namun tegas dalam perkara prinsip menjadi asas kepada perjuangan PAS.

Norman bin Ipin
Perwakilan Negeri Negeri Sembilan