Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Dingatkan Agar Berhati Hati Dalam Bertaawun

PAS Dingatkan Agar Berhati Hati Dalam Bertaawun

713
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – Perwakilan PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Zuridan Daud melihat pendekatan BPMS yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden terutamanya tahaluf siyasi dan taawun siyasi cukup berkesan dan positif di Pahang.

Beliau mengingatkan seluruh perwakilan berkenaan perkara yang mendasari konsep kerjasama iaitu Tahaluf dan Ta’awun.

“Pertama, kerjasama mestilah berpaksi kepada konsep ‘thabat wal murunah’. Hubungan kita terhadap mereka yang menentang dasar kita, maka prinsip kita berhadapan mereka mestilah thabat.

“Sekiranya mereka tidak menetang dasar kita, tidak menganggu dasar prinsip kita, maka berpeganglah kepada fiqah ‘la yunkaru taghayyurul ahkam bil taghayyur zaman wal makan,” pesannya.

Justeru itu jelasnya, konsep Ta’awun sangat sesuai di Pahang lebih-lebih lagi, kekalahan BN di peringkat pusat dan kekurangan kerusi mereka di peringkat negeri sehingga PAS dilihat lebih akrab dengan mereka dari sudut memperkasakan agenda Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Beliau turut menyatakan al-hazar juga adalah wajib dalam berkerjasama; awas dan berwaspada terhadap rakan kerjasama kerana tidak sepatutnya seorang mukmin dipatuk oleh binatang berbisa sebanyak dua kali.

“Kita menyeru agar pimpinan tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ahli-ahli. Kami serahkan berkenaan pimpinan-pimpinan yang melakukan perkara ini kepada pimpinan tertinggi parti,” ujarnya lagi.

Mengakhiri ucapan, beliau berkata PAS Pahang menyasarkan untuk terajui Pahang pada PRU-15.