Home Muktamar PAS Ke 66 PAS Ialah Parti Yang Paling Berintegriti

PAS Ialah Parti Yang Paling Berintegriti

422
SHARE

 Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama 

Muqadimah hari ini dengan tiga arahan Allah.

Pertamanya, maafkan kesilapan, minta ampun buat sahabat- sahabat kita; orang menentang kita mungkin kerana mereka tidak tahu dan kemudian bermusyawarahlah dengan mereka. Analoginya, selagi tertutup botol air minuman, kita curah macam mana pun air takkan keluar. Buka pentutup tu baru air masuk (minta ampun buat mereka). Sesudah itu, baru adakan mesyuarat dengan mereka.

1. Terima kasih kepada para perwakilan yang membangkitkan isu Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Kita ini yang mana satu? Muafakat Nasional ialah gabungan parti-parti di semenanjung. Perikatan Nasional pula gabungan parti dari Sabah dan Sarawak.

2. Dua perkara telah dipersetujui dalam Muafakat Nasional. Pertama, satu lawan satu dalam PRU-15 dan yang kedua, mengekalkan perdana menteri sekarang selepas PRU-15.

3. Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
Inilah strategi masa depan yang ditinggalkan pimpinan yang telah tiada. Bagaimana kita menyusun soal pengisian tarbiah dalam konteks sebagai kerajaan. Ruang yang ada perlu dimanfaatkan semaksima mungkin. Pendekatan dan kaedah perlu diperhalusi dalam bergerak ke arah kemenangan yang lebih besar dalam PRU-15.

4. Islam memperkukuh perpaduan. Isu ini masih tidak selesai walaupun telah mencapai kemerdekaan. PAS berazam membuang sentimen ketakutan terhadap institusi Islam. Lihat di Kelantan yang isytihar ‘Membangun Bersama Islam’. Kita membawa pendekatan bersifat universal dan semestinya agenda Islam sesuai untuk semua. Cuma kita perlu terjemahkan agenda perjuangan yang dibawa selama ini dalam bentuk kejayaan kita dalam kerajaan hari ini.

5. Akhir sekali, PAS mesti menjadi juara dalam menentang isu rasuah dan penyelewengan. Musuh cuba menghalakan nilai negatif ini kepada kita. Kita. Boleh bercakap tentang integriti sebab PAS ialah parti yang paling berintegriti. Kita perlu bergerak ke arah menterjemahkan perjuangan dalam bentuk perbuatan dan pembuktian sebagai sebahagian tanggungjawab kita menerajui kerjaan.

Siiru ‘ala barakatillah.

YB Dato’ Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS