PAS Jaga Kebajikan Kaum Lain
Oleh: Syifa
ALOR SETAR, 30 April – Perwakilan Kelantan, Dato Haji Abdullah Yaakob memulakan perbahasan dengan mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas ucapan dasar yang bertepatan dengan kehendak PAS negeri kelantan, bertemakan membangun bersama islam.
Memetik ucapan sama, beliau juga menjelaskan bagaimana hubungan PAS dengan kaum-kaum yang lain.
“Kita bertelagah dengan DAP tetapi dengan kaum cina yang lain kita menerima mereka sebab itu di dalam pas masih ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),” katanya.
Beliau dalam masa sama mengajak DHPP untuk sama-sama memberi penjelasan kepada kaum-kaum mereka supaya jangan takut bersama PAS.
Katanya, PAS di kelantan turut membantu dan memberi sumbangan serta menjaga kebajikan kepada kalangan bukan Islam.
Mengakhiri ucapan beliau menyatakan sokongan penuh terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.