Home Muktamar PAS Ke 66 PAS Menekankan Kedamaian Dan Kesejahteraan

PAS Menekankan Kedamaian Dan Kesejahteraan

562
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS 

Gerakan Islam bukan hanya parti politik. Bahkan perlu menumpukan peranan dalam tanggungjawab sesama umat Islam seluruh dunia. Kesatuan aqidah menjadi pengikat dalam usaha bantu membantu untuk kebajikan.

PAS menekankan kedamaian dan kesejahteraan. Suatu pengajaran yang Tuan Guru Presiden PAS tunjukkan. Berusaha keras menyatukan ummah bagi menyelesaikan ketegangan satu sama lain demi untuk kebaikan Islam.

Hakikatnya, kejahilan yang menyebabkan kita berpecah.

Kita sebagai kepimpinan PAS di setiap peringkat mestilah berperanan menyatukan umat samada dalam negara mahupun dunia. Kurangkan ketegangan-ketegangan yang wujud. Elakkan mewujudkan kelompok-kelompok kerana ia boleh menjadi permainan fitnah bagi memecahkan umat Islam.

Kesatuan kita adalah kesatuan Aqidah. Maka teruskan usaha-usaha PAS dan NGO-NGO dalam membantu kebajikan ummah seluruh dunia demi kebaikan sejagat.

Ustaz Mat Salleh Bin Said
Perwakilan Negeri Perak