Home Muktamar PAS ke 67 Dewan Muslimat Penggunaan digital mempengaruhi produtiviti membangunkan ekonomi

Penggunaan digital mempengaruhi produtiviti membangunkan ekonomi

254
SHARE

Oleh : RABIATUL

KUALA LUMPUR, 31 Okt : Wakil Muslimat Pahang dalam ucapan beliau berkongsi bahawa tahap produktiviti juga dipengaruhi faktor akan datang seperti penggunaan teknologi digital. Selain itu, ruang Pekerjaan, budaya kerja baharu, pengurusan lebih efisien dan fleksibel, kemampuan organisasi mengadaptasi dengan faktor luar jangkaan juga akan mempengaruhi tahap produktiviti dan kecekapan manusia masa hadapan.

“Kita yakin aspek ekonomi atau produktiviti dan kualiti kehidupan seimbang boleh di capai serta dilaksanakan dengan ekosistem baharu yang sedang dibina serta diperkasakan”, ujar Puan Maskhaliza.

Selain itu, kemahiran baharu menekankan aspek digitalisasi perlu diterokai dan dimajukan agar selaras tuntutan semasa. Sebagai contoh penggunaan “Shop Malaysia Online”(SMO) dan program ePenjana, yang merupakan salah satu inisiatif dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM750 juta, memberikan manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Justeru itu, aktiviti penjualan secara dalam talian melalui Food Panda, GrabPay atau perkhidmatan Personal Shopper dan Foodrider sangat-sangat membantu para suri rumah, siswazah atau mereka yang kehilangan pekerjaan meneruskan ekonomi kehidupan.

Ini adalah salah satu alternatif dan peluang kepada mereka yang tiada pekerjaan dalam mensejahterakan ekonomi negara. Dalam usaha mendigitalkan ekonomi, perniagaan tradisional tidak ketinggalan dan mempunyai akses kepada pembayaran digital serta infrastruktur teknologi.

“Mengambil kira pandangan beberapa penganalisis negara bahawa situasi endemik sekarang menunjukkan kemunculan norma atau kebiasaan baru dari segi sektor-sektor pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan”, ulas Puan Maskhaliza mengakhiri perbahasan beliau untuk hari kedua muktamar DMPM.