Home Muktamar PAS Ke 66 Penyelesaian Masalah Negara (WINS)

Penyelesaian Masalah Negara (WINS)

1098
SHARE

Penyelesaian Masalah Negara (WINS)

Tuan Guru mengajak semua untuk bersatu padu dalam gabungan parti politik yang dibentuk sekarang bagi menghadapi PRU-15 dengan bersedia untuk menang dan mengisi kemenangan dengan membentuk kerajaan yang lebih kukuh dan mendapat sokongan majoriti rakyat secara langsung.

Persediaan mengisi kemenangan dengan menyediakan pasukan calon yang berwibawa bagi menghadapi cabaran dari segi politik, ekonomi dan budaya.

Seharusnya kita memanfaatkan sumber tenaga dan kepakaran manusia serta hasil perut bumi tanah air sendiri.

Persediaan sumber manusia ialah seperti

1. Sistem pendidikan holistik dalam aspek jasadi, rohani dan aqli. Termasuk mengatur konsep media yang bermoral dan kemajuan teknologi terkini.

2. Perancangan ekonomi yang menghasilkan peluang pekerjaan dan menjana hasil keperluan negara yang mencukupi.

3. Memperkasakan kehebatan undang-undang dengan memperkenalkan syariat Islam yang sempurna.

4. Menyediakan jentera kerajaan dan pasukan yang mewujudkan keselamatan dan keamanan negara yang hebat.

5. Mengukuhkan perpaduan rakyat yang bertonggakkan umat Islam bersama masyarakat majmuk bagi melangsungkan perjuangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS