Home Muktamar PAS Ke 66 Perpaduan Antara Islam dan Bukan Islam

Perpaduan Antara Islam dan Bukan Islam

857
SHARE

 Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS

Perpaduan Antara Islam dan Bukan Islam

Kita sangat memerlukan perpaduan Islam. Perpaduan ialah saudara Islam. Perpecahan ialah saudara syaitan.

Islam mengizinkan kita untuk berlainan pendapat akan tetapi Islam melarang kita dari berpecah belah.

Kelebihan Nabi kerana Mukjizat.
Kelebihan umat kerana bersatu padu.

Usul bagi mengukuhkan perpaduan mestilah perpaduan antara Islam dan Islam dan perpaduan antara Islam & bukan Islam.

Petikan dari Sirah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah yang mana Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk mengadakan perpaduan antara Muhajirin dan Ansar (Islam & Islam) dan perjanjian damai antara Yahudi dan lain-lain (Islam & bukan Islam).

Perpaduan di Malaysia ini tidak akan kukuh jika semata-mata hanya sesama kita. Kita mesti bina perpaduan antara parti PAS dan semua parti yang ada di Malaysia.

Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan umat Islam bersatu padu, begitu juga dalil yang mencela perpecahan selain memberi amaran keras kepada pemecah belah serta pemutus tali persaudaraan sesama Islam.

Dato’ Hassan bin Mahmood
Perwakilan Negeri Kelantan