Home Muktamar PAS Ke 66 Persediaan Parti

Persediaan Parti

821
SHARE

PERSEDIAAN PARTI

Marilah jentera Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuat persediaan bagi melunaskan syarat-syarat untuk mencapai kemenangan, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT
menerusi firmanNya dalam surah Al-Ma’idah ayat 54-56.

Allah SWT telah menetapkan ciri-ciri kumpulan (parti) yang menegakkan agamaNya (Islam):

1. Mencintai Allah dan Rasul (berkonsepkan Islam secara menyeluruh).

2. Merendah diri kepada saudara seagama dan hebat menghadapi musuh Islam. (Sikap yang berbeza dalam hubungan sesama umat Islam dan bukan-Islam yang berdamai, berbanding terhadap musuh dan mereka yang bersekongkol dengan musuh).

3. Berjihad (Pengorbanan diri dan harta) dilaksanakan bersama tarbiah berkonsepkan amal melalui tafaqquh fi al-Din

4. Berwala’ (memberikan kesetiaan) kepada Allah dan Rasul secara mutlak.

5. Berwala’ kepada kepimpinan yang beramal dengan Islam.

Ciri yang ke-4 dan ke-5 ini hendaklah dilaksanakan melalui proses Tarbiah dan Bai’ah.

Semua peringkat perlu mewujudkan jentera Penerangan dan Dakwah yang sistematik agar maklumat sampai ke sasarannya, dengan mengikuti peningkatan teknologi maklumat yang pesat dan semasa, serta pendekatan berhikmah.

Lajnah-Lajnah perlu bergerak mengadakan hubungan dengan semua lapisan rakyat, melalui kebajikan, hubungan dengan NGO Islam dan bukan Islam, demi membela nasib rakyat dan menyelesaikan segala permasalahan masyarakat termasuklah di bandar, luar bandar, dan penempatan FELDA.

Semua perkara tersebut adalah penting dalam pendekatan Muwajahah Silmiyyah (berdepan secara aman dan damai) yang menjadi keutamaan dalam ‘Amal Islami (gerak kerja Islam), selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) ke arah menegakkan Islam yang sinonim dengan konsep Demokrasi yang terus menjadi pendekatan PAS.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS