Home Muktamar PAS Ke 66 Pra-Syarat Menuju Kemenangan

Pra-Syarat Menuju Kemenangan

1108
SHARE

Pra-Syarat Menuju Kemenangan

Kerja pilihan raya bukan semata-mata semangat untuk bertanding kerusi dalam kuantiti banyak sahaja, tetapi mesti membuat persediaan untuk menang agar kita dapat memerintah negara mengikut acuan Islam.

PAS perlu bersiap sedia untuk menuju kemenangan dan mengisi kemenangan menuju PRU-15.

Antara persiapan dan peringatan buat seluruh jentera:

1. Setiap kawasan perlu meningkatkan jumlah ahli, cawangan dan penyokong, serta memperkukuhkan Wahdah Ummah bersama Islam.

2. Jangan hanya sekadar menjadi ahli tanpa melakukan kerja, atau sekadar menubuhkan
cawangan tanpa bergerak.

3. Jangan sekadar meletakkan calon tanpa mempersiapkan cawangan, jentera dan petugas yang berkemampuan untuk melakukan kerja pilihan raya.

4. Parti perlu menyediakan calon daripada kepakaran dan latar belakang dengan seimbang dan saksama.

5. Kepimpinan PAS wajib membuat keputusan secara tegas dengan mengambil kira supaya PAS dihormati dengan kemampuan memimpin serta berjaya menyelamatkan negara dan umat.

6. Ahli perlu memberikan ketaatan dan wala’ terhadap keputusan parti yang merupakan syarat dan rukun dalam berjamaah.

7. Serahkan mandat kepada Majlis Syura Ulama’ dan PAS Pusat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan terpenting.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS