Home Muktamar PAS Ke 63 Ribut Adalah Ujian Allah

Ribut Adalah Ujian Allah

32449
SHARE

Ribut Adalah Ujian Allah

Oleh : Ustaz Nik Nasri

Lewat petang ini (Sabtu 29 Apr2017), Kompleks PAS Kedah di mana berlangsungnya Muktamar PAS Pusat dilanda ribut yang menyebabkan beberapa kerosakan dan kecederaan.

Tanpa perlu masa yang panjang, ia segera tular di media sosial. Mereka yang memang sakit hati dengan PAS, tanpa pertimbangan akal yang waras, terus menganggap ia bala kepada PAS.

Allah menguji hambaNya dengan pelbagai ujian, samada hambaNya yang soleh atau tidak. Ribut adalah salah satu darinya. Mekah, khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. Adakah ia menandakan sesuatu yang buruk?

Bagi orang mukmin, ia hadapi ujian itu dengan sabar, lantas ia mendapat pahala. Bagi orang yang tidak mukmin, ribut dan derita orang lain menjadi modal untuknya melepaskan nafsu geram kepada PAS.

Moga Allah pelihara kita semua, terutama di kawasan Kompleks PAS Kedah itu dari perkara yang tidak baik. Bantu mereka yang perlukan pertolongan. Bersabarlah wahai mereka yang sedang diuji.