Home Muktamar PAS ke 67 Dewan Muslimat Selamat Bermuktamar Para Perwakilan ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke...

Selamat Bermuktamar Para Perwakilan ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 61

636
SHARE

Selamat Bermuktamar Para Perwakilan ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 61.

Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan kehadiran para perwakilan ke Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 61.

Muktamar kali ini akan diadakan secara atas talian hybrid pada 30 & 31 Oktober 2021. Majlis Perasmian akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.


Antara acara istimewa dalam Majlis Perasmian adalah slot Pelancaran TV Wanita Sejahtera dan Penyampaian Anugerah khas Sempena Muktamar PAS kali ke-61.

Muktamar kali ini juga berbeza dari tahun lepas kerana merupakan tahun pemilihan bagi memilih saff kepimpinan. Semua perwakilan akan membuat undian untuk memilih calon-calon untuk menerajui tampuk pimpinan Dewan Muslimat PAS Muslimat Sesi 2021/2023

Mari bersama kita doakan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ini berjalan lancar , mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

Dr Nurul Hani Ali
Setiausaha
Dewan Muslimat PAS Pusat
29 Oktober 2021
22 Rabiul Awal 1443H

#muktamarDMPM
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#M61
#MAT