Oleh: Ameerul Haq
KUALA TERENGGANU, 15 Sept: Perbarisan anggota Jabatan Amal Malaysia menarik tumpuan pengunjung yang hadir apabila tampil dengan baju seragam putih di perkarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, pagi tadi.
Sebelum ini Jabatan Amal Malaysia tampil dengan pakaian seragam merah di mana-mana acara rasmi parti namun untuk Muktamar Tahunan PAS 64 penampilan mereka sedikit berbeza.
Seawal pagi di tapak lokasi, mereka telah berada di posisi masing-masing menjalankan tugasan dengan baik dan komited.
Tugasan mereka tidak mengenal usia dan latar belakang walaupun ada kalangan mereka berkelulusan tinggi begitu juga gabungan orang muda dan veteren membantu melancarkan program.
Ternyata seragam putih yang ditampilkan menarik personaliti anggota Jabatan Amal Malaysia bahkan ada pengunjung menyangka perbarisan tersebut diserta oleh anggota Polis Diraja Malaysia.