Oleh : ‘Aisyaa Yamin
KUALA TERENGGANU, 15 Sept : Dalam aspek pendidikan, institusi pendidikan yang dimiliki oleh PAS seperti TASTI, PASTI,SRITI,KUIZM,KUDQI dan Darul Ulum serta pelbagai sekolah dan kolej yang dibangunkan oleh pimpinan dan ahli PAS, wajar menjadi model sistem pendidikan yang mengikut acuan Islam sepenuhnya.
Demikian antara intipati ucaptama Tuan Guru Presiden , Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika menyentuh berkenaan aspek pembangunan insan.
“Kita sedang mengalami gejala sosial yang menimpa seluruh dunia, menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangunkan insan mengikut acuan fitrahnya dan kelemahan undang-unang mencegah kemungkaran.
“Tanggungjawab menangani gejala sosial yang makin parah hari ini perlu ditangani dengan pendidikan Rabbani an insani , disokong oleh media yang bermoral serta undang-undang yang mendidik bukan menghukum,” katanya.