Home Muktamar PAS Ke 63 Terus Memperkasakan Imej PAS

Terus Memperkasakan Imej PAS

2184
SHARE

Terus Memperkasakan Imej PAS

Oleh: All-Mu’izz Abas

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menekankan berkenaan pelaksanaan pelan pemerkasaan parti terutamanya dari segi aspek perjalanan dan organisasi parti, gerak kerja yang lebih terancang, objektif yang lebih jelas mampu dicapai dan pengukuhan imej PAS sebagai parti yang ingin menyumbang dalam pembinaan negara ini.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan di dalam ucapannya, “agenda pemerkasaan dan pembinaan imej ini adalah suatu perubahanan ke arah yang lebih baik sebagai parti yang besar dan mampu untuk memerintah dalam negara ini. Untuk itu, PAS juga mestilah berusaha secara berterusan untuk menggamit pengundi dari kaum-kaum yang lain dari Melayu-Islam.”

Beliau mengatakan tentunya jelas bahawa mereka perlu lebih diberi ruang untuk mendengar mesej yang kita disampaikan dalam bahasa yang paling mudah. Manakala peranan ahli dan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula wajar diperkukuhkan dan dibantu dengan sepenuhnya.

Presiden PAS terus menyatakan bahawa PAS bersama-sama rakan yang berada dalam Blok Ketiga melalui Gagasan Sejahtera akan terus dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan rakyat dan lain-lain dari pelbagai lapisan masyarakat bagi mendepani suasana politik yang semakin hangat ini.

“Agenda yang lebih kemas dan sistematik mestilah dirangkakan sebaik sahaja selesai Muktamar kita pada kali ini”, ujar beliau.