Home Muktamar PAS Ke 64 Teruskan Bermunajat Supaya Hati Mereka Terbuka , Seru Wakil Kelantan

Teruskan Bermunajat Supaya Hati Mereka Terbuka , Seru Wakil Kelantan

1235
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Kerajaan Persekutuan mesti melaksanakan janji untuk membayar royalti kepada Negeri Kelantan dan Terengganu sebagaimana yang disebut dalam Akta Petroleum antara Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Perwakilan Kelantan, YB Dato’ Haji Hassan Mohamood dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden berharap agar kerajaan segera melaksanakan hak; pembayaran royalti yang dijanjikan.

Menerusi ucapan sama, beliau mencadangkan supaya PAS Malaysia dan juga negeri-negeri menganjurkan munajat agar dibuka pintu hati mereka (kerajaan) bagi melunaskan hak pembangkang.

“Saya mencadangkan kita sama-sama bermunajat supaya pintu hati mereka dibuka.

“Ingatlah bagaimana Nabi Musa merayu kepada Allah SWT semasa baginda berhadapan dengan Firaun.

“Nabi Musa merayu dengan bersungguh-sungguh sehingga akhirnya Allah SWT memakbulkan hajatnya,” terang beliau.