Home Muktamar PAS Ke 66 Tetap Bersama Dengan Kebenaran – Mursyidul Am

Tetap Bersama Dengan Kebenaran – Mursyidul Am

593
SHARE

Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama 

YBHG Al Fadhil Tuan Guru Dato’ Hj Hashim bin Jasin menzahirkan rasa bangganya terhadap sikap wala’ ahli-ahli PAS yang pada awalnya bimbang sekiranya ketidaklibatan PAS untuk bertanding dalam kerusi PRN Sabah bakal menghangatkan mukatamar kali ini. Hari ini, kita melihat hasil daripada didikan pimpinan yang terdahulu kerana untuk menyemai wala’ ini, ia mengambil masa yang lama. Para perwakilan bercakap tentang wala’ meskipun hati mereka tidak begitu puas dan sikap tersebut telah menyelamatkan keadaan.

Beliau juga tertarik dengan wakil Perak sebentar tadi di dalam ucapannya, bahawa PAS berkawan dan berlawan dengan semua. Inilah satu lagi kejayaan yang kita dapat. Di dalam soal kawan dan berlawan, kita ada kaedahnya kerana Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Pepatah arab ada mengatakan: “Kamu, kawanku. Kebenaran juga kawanku. Jika kamu bertembung dengan kebenaran, aku tetap bersama dengan kebenaran dan meninggalkan kamu.”

Kita telah berpegang lama pada prinsip tersebut dan insyaAllah akan sentiasa pegang hingga hari kiamat. Kebenaran itu dari Allah. Jika mereka ingin melakukan sesuatu yang bercanggah dari syariat Allah, maka pada ketika itu tanpa mengira siapapun dia, kita tetap akan meninggalkannya.

YBHG Al Fadhil Tuan Guru Dato’ Hj Hashim bin Jasin
Mursyidul Am PAS