Home Muktamar PAS Ke 66 Ucapan Penggulungan Setiausaha Agung PAS

Ucapan Penggulungan Setiausaha Agung PAS

938
SHARE

Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama

1) Keahlian PAS
Jumlah ahli yang berstatus aktif seluruh negara sehingga 20 Ogos 2020 adalah seramai 806, 159 orang.

Anggaran jumlah ahli yang aktif dan tidak aktif dijangkakan jumlahnya melebihi lebih 1 juta.

Kedudukan yang perlu diperbaiki: Dari segi jumlah Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya adalah tidak sama dengan jumlah kawasan di bebrapa buah negeri.

Negeri Kedah tetap negeri yang paling tinggi keahliannya. Diikuti dengan Kelantan dan Terengganu. 3 negeri ini sahaja yang mencecah lebih daripada 100, 000 ahli aktif.

Sehingga September 2020, hanya 29, 504 sahaja keahlian. Ini mungkin disebabkan oleh situasi wabak COVID-19 yang membataskan kita untuk mengadakan kempen keahlian.

2) Pindaan perlembagaan PAS
Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan yang telah dilakukan pada muktamar di Kuantan. Oleh itu, arahan akan dikeluarkan kepada Dewan Ulama’ PAS Negeri-Negeri untuk menubuhkan Dewan Ulama’ PAS Kawasan.

3) Kedudukan di dalam kerajaan
Walaupun perlembagaan parti telah dibuat pada tahun 191, namun ianya berbentuk futuristik yang mana ia menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh parti dalam konteks politik sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Di dalam perlembagaan parti ada menyebut antara tugas jawatankuasa kerja PAS Pusat adalah memberi perhatian terhadap kegiatan umum kerajaan dan menyelaraskan sikap dan pendirian ahli-ahli PAS dalam parlimen supaya dapat dipertanggungjawabkan kepada dasar dan keutuhan parti, serta memberikan panduan tentang perkara yang perlu disampaikan dalam parlimen dan pendirian parti.

Antara tugas PAS Negeri adalah:
a) Memastikan ADUN-ADUN PAS membawa mandat dan pendirian parti.
b) Menyatukan sikap ahli-ahli PAS di dalam DUN supaya sebarang tindakan di dalam dan diluar dewan itu dapat dipertanggungjawabkan kepada dasar dan keutuhan parti.
c) Meneliti dan mengkaji sebarang polisi dan rancangan kerajaan di negeri yang tidak dikuasai oleh PAS.

Oleh itu, PAS Pusat memutuskan bahawa mana-mana negeri yang mempunyai ADUN di dalam DUN di dalam negeri masing-masing, perlu mematuhi peruntukan di dalam perlembagaan ini yang berbunyi mensyuarat perhubungan khas negeri itu mesti diadakan sebelum sidang DUN diadakan untuk membincangkan pendirian ADUN bagi membawa pendirian parti kemudiannya.

4) Respon kepada sahabat DHPP
Badan perhubungan negeri dan kawasan perlu memberi perhatian yang serius terhadap kewujudan DHPP di peringkat negeri dan kawasan. Penglibatan mereka juga diperlukan di dalam mesyuarat-mesyuarat.

YB Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan
Setiausaha Agung PAS