Home Muktamar PAS Ke 66 Unsur-unsur Yang Perlu Ada Dalam Tarbiyah

Unsur-unsur Yang Perlu Ada Dalam Tarbiyah

1051
SHARE

 Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama 

Ucapan dimulakan dengan bacaan sepotong ayat Al Quran dari Surah Ali Imran ayat 79

“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.”

Antara intipati ucapan Naib Presiden PAS

1. Unsur-unsur yang perlu ada dalam tarbiyah

Pertama : Murabbi. Orang yang mendidik & menjadi qudwah kepada kita. Contoh, naqib @ naqibah.

Kedua : Biah solehah. Persekitaran yang baik. Persekitaran yang mendorong untuk kita jadi manusia yang soleh dan solehah.

Ketiga : Istibral amal. Mesti berterus dalam beramal tidak boleh terputus-putus.

Keempat : Manhaj. Perlukan pelarasan diantara kita. Pastikan menggunakan manhaj yang dikeluarkan oleh parti PAS.

2. Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM). ILHAM akan dijadikan sebagai salah satu pra-syarat untuk memegang jawatan-jawatan dalam lantikan politik. Khusus untuk mereka yang tidak mengikuti pengajian Islam secara formal. Mencadangkan untuk mereka yang telah mengikuti pengajian Islam secara formal perlukan modul short course dalam pengurusan pentadbiran.

Ajak anak-anak untuk ikuti usrah dan program-program pemuda dan muslimat seperti ARC, Jabatan Amal, Ameerah, Briged, Nusaibah dan banyak lagi.

YB Senator Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
Naib Presiden